Hari Raya AidilFitri 1434 - Part 1

Assalamualaikum dan Salam Aidilfitri, Hai semua, Eh dah raya la. Hari ini 8/8/2013 bersamaan 1syawal 1434 merupakan Hari Raya Aidilfitri kepada umat islam di seluruh dunia. Wah, masa terlalu pantas sangat berlalu terasa ramadhan tahun ini terlalu singkat sangat. Semoga dengan perginya ramadhan tahun ini kita akan terus-menerus beribadah kepada Allah S.W.T,InsyaALLAH.
So sekarang aku nak berkongsi sedikit pengalaman raya pada tahun ini, seperti biasalah perkara yang pertama kami satu keluarga buat adalah Solat Sunat Aidilfitri, tapi hari ini masjid jamek gerik penuh dengan umat islam untuk menunaikan solat sunat. Yang paling sedih aku tak dapat nak solat sunat sebabnya masjid terlalu penuh sangat sehingga ada yang terpaksa solat sampai atas jalan. Sedih sangat sebab tak boleh solat sunat tahun ini, tapi tak apa yang lepas itu lepas lah, cewahhh.. huhu

 setelah selesai solat sunat hari raya,perkara yang kedua kami lakukan adalah bersalam-salaman antara keluarga memohon kemaafan diatas segala kesilapan yang telah dilakukan. masa tu juga kami dapat duit raya dari mak dan abah. yeahhh. tpkan duit raya tahun ni dapat sikit je.. huhu mybe sebab faktor umur aku yang meningkat so harga pasaran duit raya jatuh la. haha btw tahun ni aku rasa puas sgt sebab aku dapat melawat kawan-2 dan orang yang lama aku dah tak jumpa. hehe korang nak tau tak kawan-2 yang aku jumpa time raya dulu ada yang dh bawak anak masing-2 dan ada yang baru kahwin tu. wahh.. jeleznya tgk korang dah kahwin. giliran aku ntah bila lar pulak yerk.. huhu.. harap-2 cepat la jodoh aku sampai yerk dan aku boleh hidup bahagia bersama dengan pasangan aku tu. hahaha

 ehh.. baru perasan dah lari dari topik yang sebenar nie. hehe sepatutnya aku cerita pasal raya aku. hahah nie tak.. kahwin pulak perginya.. hehehe ok kita sambung kembali.. setelah selesai raya pertama iaitu raya bersama keluarga aku meneruskan misi raya kedua dengan beraya bersama kawan-2 aku yang berada di gerik.. hehe rumah yang pertama aku pergi adalah rumah pedot.. apa yang best dekat rumah pedot adalah merupakan pengalaman pertama aku pergi beraya rumah orang hanya hidang air sejuk.. hahah ini semua pedot punya hal la... family dya takde dekat rumah.. cuma tinggal dia sorang jerk. so, oleh kerana kemalasan dia untuk membancuh air dekat kami dia hanya menghidangkan air kosong jerk dekat kami.. hahah sedihh oooo... sampai ati ko pedot ek.. hahaha

 After beraya dekat rumah pedot kami meneruskan lagi dengan beraya kerumah aini,amy,anid,wa dan last sekali rumah cerol. Beraya dekat rumah cerol memang buncit ar perut aku.. dengan nasi ayam lagi pastu bihun sup lagi.. hahah best-2... balik2 terus lebuh tidur cm tu jer.. hahah kenyang sangat.. nampak gaya kena berenti sini dulu tau. nanti aku sambung balik untuk tajuk Hari Raya AidilFitri 1434- Part 2 tau.. hehe yang tu special skit.. kalau tau apa.. tunggu tau..^__^

No comments:

Post a Comment