Assalamualaikum,
Memandangkan hari ini 16 mei dimana pada tarikh ini adalah merupakan Hari Guru. Jadi sempena Hari Guru ini aku tergerak untuk menulis tentang Sambutan Hari Guru zaman sekolah dulu. kihkih..
Bila dengar jer esok Hari Guru sure hari ini pasaraya penuh sebab mak ayah sibuk mencari hadiah untuk anak-2 diorang kasi sempena Hari Guru esoknya. hehe ada juga yang cari barang-2 untuk persembahan sempena hari guru. macam-2 kome nie yerk. Elehhh.. man cakap kat orang, waktu ko kecik-2 dlu pun ko sibuk juga ajak mak p beli hadiah kalau tak dapat tu meraung satu rumah. Nasib baik la mak sentiasa faham anak dia yang mengada-2 ni.. haha selalu benda-2 hadiah mak jer yang banyak amik port, abah ni kurang sikit. kalau ajak abah p beli hadiah mmg tak dapat pnya la, sebab nanti dia akan cakap ' Ucap terima kasih pastu janji nak belajar sungguh-2 dah la'. kalau asyik bagi hadiah je belajar malas tak guna jugak. Aku tunduk kepala pastu duk diam-2. haha. kalau aku buka mulut kang lagi teruk kena bebel.. haha
Tapi tu ar time sekolah rendah semangat gila nk bagi hadiah bagai dekat cikgu. bila naik sekolah menengah hari guru uat tak tau je.. haha jahat ar ko man. waktu hari guru zaman sekolah rendah la paling best.. sebab boleh fight dgn kwn sape paling banyk kasi hadiah dekat cikgu, hadiah sape yang pling besar. Lepas tu memilih lak tu nak kasi hadiah kat cikgu mana, kalau yang garang-2 tak kasi. haha nak bagi dekat cikgu-2 baik je.. haha tu la kan kalau ingat-2 balik masa kecil2 nie lawak juga. macam-2 kerenah keluar.
Macam mana pun aku tetap respect dekat Guru-guru yang pernah mendidik aku dari aku bayi sampai lah sekarang ini. Tanpa anda siapa lah kami disini. ewahh ayat bley tahan..huhu
Jadi Dikesempatan ini aku nak ucapkan Jutaan Terima Kasih kepada guru dari aku kecil sampai dewasa iaitu Ibu dan Ayah, Guru-guru Tabika Kemas Ulu kenderong, Guru-guru Sekolah Rendah Kebangsaan Mahkota Sari, Guru-guru Sekolah Agama Rakyat Pondok Air Jernih, Guru-guru Sekolah Menengah Kebangsaan Gerik, Guru-guru Sekolah Menengah Teknik Taiping dan Tenaga Pengajar di Politeknik Ungku Omar. Selamat Hari Guru Wahai Semua Warga Pendidik. Jasa anda akan tetap kami kenang sampai bila-bila. InsyaAllah. I Love TEACHERS So Much. Teruskan Pejuangan Mu Dalam Mendidik Anak Bangsa Kita.
selamat hari guru..
ReplyDelete