Assalamualaikum,
Hai semua, untuk hari ini punya entry adalah berkenaan dengan aku yang kini telah berjaya menghabiskan program Diploma Kejuruteraan Mekanikal di Politeknik Ungku Omar. Sebelum tu aku nak cerita la yang bahawasanya aku bangga dengan kejayaan aku ini dan sekarang aku tengah menikmati kebab ayam yang mak aku beli dekat pasar malam hari jumaat ditempat aku Gerik. Ehhh, nak juga ar tu? tak boleh aku tengah lapar sebab baru bangun tidur. huhu.
Oppss, sori tadi iklan sekejap dan sekarang kita berbalik tentang kejayaan aku untuk memiliki Diploma Kejuruteraan Mekanikal. Siapa yang tak banggakan bila memperoleh kejayaan atas usaha sendiri tapi kalau nak berbangga sangat pun tak boleh juga takut-2 ianya menjadi riak. Jadi kalau nak berbangga perlu lah berpada-pada jangan sampai orang lain menganggap kita meraikannya untuk menunjuk-nunjuk ok. hehe.
Selama 3 tahun aku belajar banyak kenangan pahit dan manisnya, biasa la tu nak peroleh kejayaan banyak dugaan yang perlu kita hadapi cuma nasihat disini jangan cepat sangat berputus asa dengan apa yang kita lakukan, dalam tempoh 3 tahun aku belajar pelbagai yang aku peroleh. Aku dapat kenal kawan-kawan, aku dapat lihat sendiri perangai manusia yang berlainan 'betul lah kata perpatah rambut sama hitam tapi hati lain-lain,huhu aku juga dapat belajar macam mana nak uruskan masa, hidup berdikari, cara mengawal stress, cara berkawan dan banyak lagi la. haha
Dalam masa 3 tahun tu semester akhir adalah sangat best, sebabnya kami kena buat project semester akhir dimana kami perlu reka bentuk sebuah mesin. Projek ini adalah berkumpulan yang mana ahli kumpulan kami ada 5 orang, aku,fahmi,marlon,bulat n jay. hehe kami nie kira satu kepala juga la, tapi melayan kerenah masing-2 boleh pecah kepala. haha mesin yang kami cipta adalah 'Dryer machine for soybean' bagi pembuatan tempe. Alhamdulillah hasil kerjasama antara ahli kumpulan kami berjaya menyiapkannya dalam tempoh yang ditetapkan. hehe banyak kenangan yang kami lalui semasa melakukannya. Mesin bergegarlah, belting tercabutlah, itu lah ini lah banyak betul masalah yang kami peroleh, ciap hampir-2 menyerah kalah dah semua tapi dengan semangat nak ciapkan juga projek tu kami berkongsi idea untuk menyelesaikannya dan kami dapat selesaikannya juga.. I'am Proud with my team. Walaupun orang kutuk mesin kami, kami bangga sebab mesin tu hasil daripada titik peluh kami sendiri tak hantar kedai macam setengah kumpulan (mohon terasa). Itu lah kenangan paling bermakna sekali dalam hidup dan sekarang aku rindukan moment itu. huhu harap kome juga begitu. haha sekarang kami tengah menunggu keputusan peperiksaan akhir bagi semester akhir, harapkan semuanya memperolehi kejayaan yang cemerlang, lepas ni apa plan koma ar? ada yang sambung belajar lagi ke? atau Ada yang nak kerja terus?. Jangan lupa update pape je tentang kome dekat aku yerk. Nak kahwin ke? bagi tau auw jangan senyap jer terus nanti lost contact pulak. Bukan untuk ahli kumpulan aku jer, semua kawan-kawan aku di PUO tu sekali. hehe.. kang ada yang kecik ati pulak. hahah gurau jer.
Cukuplah untuk hari ini, masa untuk tidur pula. Selamat Malam Semua. esok kita sambung lagi k. alololo.
No comments:
Post a Comment